Monday, August 31, 2009

Merdeka...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini 31 Ogos 2009...dah 52 tahun Malaysia Merdeka
sepanjang 52 tahun ni jugak kita dh ada 5 Perdana Menteri
Syukur Alhamdulillah negara kita masih lagi aman damai walaupun banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini
Harap2 segalanya akan berjalan dengan baik
Tahun ni kita sambut merdeka dalam bulan puasa
Bagus sangat sebenarnya..
Sebelum ni sambutan merdeka dibuat dengan gilang gemilang..konsert disana-sini
tahun ni xseperti tahun2 lepas tapi masih tetap meriah
apa salahnya kita menyambut merdeka dengan membuat kenduri doa selamat dan bacaan Yassin..
kan itu lebih baik...
apa yang kita nikmati pada hari ini pun atas kurniaan Ilahi
jadi, x salah klau kita bersyukur kepadaNya atas pemberianNya
Tapi, apa yang dikesalkan..
sejak beberapa tahun ni..sambutan Merdeka disalah ertikan oleh anak-anak muda
bagi mereka merdeka adalah masa mereka membuat apa sahaja yang diinginkan
Ble malam merdeka je macam2 kes yang kita dengar..
parti bebas, pesta sex, lumba haram dan macam2 lagi la...
Harap2 kita semua akan sedar nikmat dan sebab tuhan memberi kita Kemerdekaan..

...wslm...

Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Diam x diam dah 5 hari umat Islam menyambut bulan Ramadhan..
Dalam 5 hari ni aku dah cuba pelbagai masakan untuk juadah buka puasa dan sahur..
harap2 bleh guna bila dah berumahtangga kelak..insyaAllah...
sepanjang puasa ni aku belum lagi balik bukak puasa kat rumah
insyaAllah klau xde aral esok atau lusa aku akan dapat bukak puasa kat rumah
rindunya nk bukak puasa kat rumah
kat sini keadaan agak tidak selesa. xseperti rumah kita sendiri
segalanya terbatas.segalanya kena fikirkan orang lain..
rindunya kat family....walaupun baru 2 minggu xjumpa
harap2 bulan puasa ni dapat mengeratkan silaturrahim antara manusia..antara aku dan kawan2 dan ngan keluarga
aku harap aku akan berubah dan ibadah aku diterimaNya
InsyaAllah...
Sama2 la kita pertingkatkan ibadah kita di bulan mulia ni
mana tau ini Ramadhan terakhir bagi kita semua
Kita xtau bila ajal akan menjemput kita semua
so, Selamat berpuasa
selamat berbuka puasa
selamat bersahur
dan selamat menjalankan sunat tarawikh..
...wslm...

Friday, August 21, 2009

Dugaan hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

rasanya dah lama x masukkan entry kat blog
dah hampir terlupa kewujudan blog ni..
kebelakangan ni agak sibuk dengan jadual kuliah dan tugasan2 yg blum diselesaikan.
dalam menjalani kehidupan ni, aku x terlepas daripada dugaan hidup
dugaan yg amat perit apabila kita menjadi mangsa balas dendam seorang kawan
sedihnya ble org yg kita anggap sebagai kawan menyakitkan hati kita dan membalas dendam atas apa yang kita tidak lakukan
nasib baik aku ada kawan dan keluarga yg sentiasa percaya dan menyokong aku setiap masa..
thanks kepada parents aku, kakak, adik, abg n kawan2 aku..dhila n My F..i love u so much..
pada mulanya aku memang sedih teramat..tp lepas tu aku sedar tuhan sentiasa menolong org yg lemah dan teraniaya..skrg aku sgt tenang dan aku langsung xde perasaan benci atau marah pada dia yg sakitkan hati aku dan mengugut aku..
aku tau Allah tu maha mengetahui, maha adil dan maha kuasa..
hanya kepadaNya aku berserah..
dan sekarang aku akan menjalani hidup aku dengan biasa tanpa air mata...
Ramadhan akan menjelang esok...Selamat berpuasa dan selamat berbuka...
bila tiba bulan puasa ni aku rindu sgt pada mak aku...terima kasih kerana sentiasa menyokong...

...wslm..