Monday, May 18, 2009

HAFIZ JUARA AF7

MASIH jelas lagi ingatannya pada malam Sabtu lalu apabila merampas kembali takhta gelaran juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang memihak kepada lelaki kembali.

Dua tahun terdahulu, gelaran juara AF dikuasai pelajar wanita iaitu Mila (2007) dan Stacy (2008). Buat si juara sudah jelas kini bukan lagi fantasi, semuanya sudah menjadi realiti yang harus disahut dengan berpijak pada bumi yang nyata.

Sepanjang sejarah penganjuran AF itu, daripada musim pertama hingga keempat, pelajar lelaki menunjukkan kuasa dan taring menerusi kemenangan Vince, Zahid, Mawi dan Faizal. Kenangan indah ini pasti diingati oleh Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, apabila dinobatkan sebagai juara ketujuh program realiti popular itu.

Malah, Hafiz turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wakil pertama bergelar juara dari Bumi Kenyalang. Dengan berimej rambut kerinting, remaja kelahiran Kuching, Sarawak itu sudah mula menunjukkan potensi bakatnya sejak minggu pertama lagi berada di dalam AF7.

Tempat kedua ternyata memberi tuah kepada adik Izwan Pilus, Aril dengan tidak mempersiakan peluang kedua yang diberikan kepadanya selepas diwujudkan AF Masuk. Akim pula hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga, manakala Yazid dan Isma masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima.

REAKSI Hafiz apabila namanya diumumkan sebagai juara AF musim ketujuh.

Bagi Hafiz, impiannya bergelar penyanyi sudah terpendam sedari kecil lagi. Masih lagi kelihatan naif, mahu atau tidak, dia kini sudah bergelar penyanyi sekali gus menyertai ‘kelab dunia artis’.

Katanya, insya-Allah dia sudah bersedia melalui pahit getir dan suka duka menceburi dunia hiburan. Biarpun impiannya selama ini sudah tercapai, Hafiz memberitahu dia masih berhutang sesuatu kepada ibunya, Halizawati Mohd Salleh.

“Saya pernah berjanji kepada mama sekiranya impian saya sudah terlaksana, kini giliran saya pula untuk memenuhi impiannya bagi mendapat pencapaian yang baik dalam akademik. Selama ini pun, mama yang banyak memberi inspirasi dan galakan kepada saya untuk berusaha habis-habisan mengejar impian.

“Saya harap selepas ini dapat mengimbangi di antara kerjaya yang baru bermula dan akademik kerana kedua-duanya menjadi keutamaan. Saya masih menuntut di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan dalam jurusan Pelancongan dan Hospitaliti di Sarawak. Pengajian saya masih berbaki setahun.


“Saya pernah terfikir untuk menghabiskan pengajian dulu, tetapi atas dorongan dan semangat mama, dia mengizinkan saya mencapai impian sendiri dulu. Apa juga keputusan saya selepas ini mengenai soal akademik dan kerjaya harus dirujuk kepada pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Saya tidak berani memberi keputusan lanjut kerana segala perancangan pasti di bawah pihak AESB,” kata Hafiz yang teringin untuk bekerjasama dengan beberapa nama komposer hebat di Malaysia termasuk Audi Mok.

Dengan peratusan sebanyak 46 peratus selepas undian ditutup, Hafiz yang mendendangkan dua buah lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain dan single baru, Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan liriknya Ad Samad, ia sekali gus melayakkannya menerima wang tunai RM20,000 dan diaktifkan oleh Hotlink selama setahun.

Selain itu, anak kepada Mohd Suip Mohd Suut itu turut menerima kereta Honda Accord, percutian ke New York dan barangan seperti sistem teater rumah Arezzo Hoffman, kamera Olympus, jam tangan Hugo Boss, penapis udara Hyundai, telefon bimbit Nokia dan Brand’s InnerShine.

Peratusan Hafiz tidak ketara perubahannya sewaktu diumumkan AC Mizal selaku hos AF7 sebelum konsert final berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Hanya berlaku peningkatan dua peratus saja daripada 44 peratus menjadi 46 peratus. Sejauh mana perjalanan dan bukti survival Hafiz selepas ini masih samar.

Memetik kata pengkritik tetap AF7, Adlin Aman Ramlie, selain mempunyai vokal yang baik, apa lagi yang boleh ditawarkan Hafiz sebagai bintang dan ikon transformasi yang dicanang-canang pada musim ini. Mungkin Hafiz dan AESB harus bijak mencari resipi dalam memastikan hayatnya tidak dibiar sepi.

Sumber: Berita Harian, 18 Mei 2009(Isnin)

Sunday, May 17, 2009

Begitu Besar Jasamu...

Berburu ke Padang Datar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa


Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya

mengajar tulis baca


GURU oh GURU oleh USMAN AWANG

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
setelah kita menyambut Hari Ibu beberapa hari yang lalu, tanggal 16 Mei pula kita menyambut Hari Guru. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia sama ada yang telah menjadi guru atau yang akan menjadi guru. Thanks kat kawan2 yang xlupa wish Hari Guru kat saya walaupun saya belum lagi menjadi Guru.Insyaallah dalam masa satu tahun lagi, segalanya akan bermula..sebenarnya hari Guru ni bukan saja ditujukan kepada guru-guru sahaja, tetapi juga kepada insan2 yg pernah mengajar dan memberi dorongan kepada seseorang sehingga berjaya terutamanya ibu dan bapa kita..
kat sini saya nk ucapkan Selamat Hari Guru kepada kawan2 saya kat UPSI batch 2006/2007. Hope korang sume bersedia untuk jadi seorang Guru yang berjaya. saya juga nk ucapkan selamat Hari guru kat cikgu2 yang pernah mengajar saya bermula dari sekolah tadika sehingga tingkatan 6 n masuk U..terutama kepada cikgu2 masa f6(6PT1) kat SEMKIF 2005. syg sgt kat korang sume..
Hari Guru ini bukan sahaja patut diraikan oleh golongan profesional tapi kepada semua golongan
so, SELAMAT HARI GURU kepada semua..
...wslm...

Friday, May 15, 2009

YOUR MOTHER

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That?s right no other
My mother

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Sunday, May 10, 2009

DEDICATED FOR MUM

Lagenda

Sejuta bintang di angkasa
Sinarnya mempesona
Sebutir bintang di taman seni
Cahayanya berseri
Biar bertahun masa beredar
Satu wajah satu nama takkan pudar

Tetap jelas di ruang mata
Setiap gerak gaya
Bergetaran merdu sinar
Di persada budaya
Hingga kini menjadi sebutan
Tetap terpahat namamu di ingatan

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Kau kebanggaan kita
Kau budayawan bangsa
Engkau... lagenda


Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu…


Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu



SELAMAT HARI IBU

assalamualaikum dan salam sejahtera
tanggal 10 Mei setiap tahun merupakan Hari Ibu
Selamat Hari Ibu diucapkan kepada my lovely mother, puan Hasemah Abdullah..
i love u so much
kat sini saya juga nak ucapkan selamat hari ibu kepada ibu2 di seluruh Malaysia
disebabkan terlalu sibuk, sampai terlupa nak prepare present sempena hari ibu ni
tapi saya dan adik2 xpnah lupa hari ibu
tapi sebenarnya, bukan hari ni je kita boleh beri ibu kita hadiah..tiap2 hari pun boleh
sebab hari2 pun hari ibu..xkan kita nak berbaik ngan ibu kita time hari ibu je kan...
bagi saya, tiap2 ari kita perlu tunjukkan rasa saya kita pada ibu... tapi, hari ibu menjadi hari yg special sebab ada satu hari yang khas untuk kita hargai dan renung kembali pengorbanan ibu..
ibu...permata yang sangat berharga dalam kehidupan anak-anak
janganlah sakiti hati ibu..walau siapapun ibu kita..kita tetap perlu menerimanya dan memaafkan segala kesalahannya..kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu..
ibu orang yang mengandungkan kita selama 9 bulan..yang bergadai nyawa untuk melahirkan kita..yang menyusukan kita dan membesarkan kita sehingga dewasa..
jangan kerana sedikit salah sangka, kita lupakan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu..
saya begitu sedih bila melihat ibu2 yang dihantar ke rumah orang2 tua..apalah yang difikirkan anak-anak mereka..sanggup hantar orang tua mereka ke rumah orang2 tua..
ibu menjaga kita daripada kecil..berpuluh2 tahun..tapi xboleh kah kita menjaga mereka sementara mereka masih hidup ni..
ada juga anak-anak yg menjaga ibubapa mereka sebab harta..bila dah dapat harta ibu tidak dipedulikan..peliknya manusia..
kenapa nak mengejar harta ibu bapa sedangkan kita boleh berusaha untuk mendapatkan harta kekayaan..ibu bapa kita pun berusaha untuk mendapat harta tu..
diharapkan sesiapa yang masih mempunyai ibu, hargailah ibu anda..
tiada apa yg lebih membahagiakan anak-anak selain kasih sayang ibu bapa dan tiada apa yg lebih membahagiakan ibu selain kasih sayang dan perhatian daripada anak-anak..
....wslm...

Saturday, May 9, 2009

Perjuangan kian berakhir

assalamualaikum dan salam sejahtera..
diam x diam dah habis pun semester 6
akhirnya dapat menghabiskan tahun 3 dengan jayanya(insyaallah)
bulan 7 akan datang dengan sem yg baru dan semangat yang baru
aritu time de kuliah xsempat nk amik tau hal2 blog ni
skrg dh balik umah bleh la menyibukkan diri ngan hal2 lain
xsempat nk war2 kan blog sy ni kat kwn2 sekelas....xpe..sem depan ada lagi kan???
ble dah balik bercuti ni..apa yg paling dirindui ialah suasana bergelak ketawa ngan kawan2 cam dila, ain, sat, ika, anne, jenny, alin, yah, farah dan kawan2 yg lain...miss u all so much
walapun dah 4 hari balik umah, tapi masih blum sempat nak fikir apa yg nak dibuat..
asyik sibuk memanjang n drive memanjang
biasala...tanggungjawab seorang kakak perlu la dijalankan..xkan nk susahkan mak ayah lagi kan...
dalam waktu cuti ni kena la jalankan tugas cam suri rumah tangga..jaga makan minum adik2 kat umah..temankan kakak(adikku) blajar memandu, amik n hantar adik bongsu ke sekolah n amik adik kat pahang klau dia nak balik ujung minggu...
harap cuti ni berjalan dengan lancar dan dapat release tension yg dah lama simpan sepanjang sem 6
....wslm....

Friday, May 1, 2009

Cinta...berhati-hati lah dengannya..

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah