Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

assalamualaikum dan salam sejahtera
tanggal 10 Mei setiap tahun merupakan Hari Ibu
Selamat Hari Ibu diucapkan kepada my lovely mother, puan Hasemah Abdullah..
i love u so much
kat sini saya juga nak ucapkan selamat hari ibu kepada ibu2 di seluruh Malaysia
disebabkan terlalu sibuk, sampai terlupa nak prepare present sempena hari ibu ni
tapi saya dan adik2 xpnah lupa hari ibu
tapi sebenarnya, bukan hari ni je kita boleh beri ibu kita hadiah..tiap2 hari pun boleh
sebab hari2 pun hari ibu..xkan kita nak berbaik ngan ibu kita time hari ibu je kan...
bagi saya, tiap2 ari kita perlu tunjukkan rasa saya kita pada ibu... tapi, hari ibu menjadi hari yg special sebab ada satu hari yang khas untuk kita hargai dan renung kembali pengorbanan ibu..
ibu...permata yang sangat berharga dalam kehidupan anak-anak
janganlah sakiti hati ibu..walau siapapun ibu kita..kita tetap perlu menerimanya dan memaafkan segala kesalahannya..kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu..
ibu orang yang mengandungkan kita selama 9 bulan..yang bergadai nyawa untuk melahirkan kita..yang menyusukan kita dan membesarkan kita sehingga dewasa..
jangan kerana sedikit salah sangka, kita lupakan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu..
saya begitu sedih bila melihat ibu2 yang dihantar ke rumah orang2 tua..apalah yang difikirkan anak-anak mereka..sanggup hantar orang tua mereka ke rumah orang2 tua..
ibu menjaga kita daripada kecil..berpuluh2 tahun..tapi xboleh kah kita menjaga mereka sementara mereka masih hidup ni..
ada juga anak-anak yg menjaga ibubapa mereka sebab harta..bila dah dapat harta ibu tidak dipedulikan..peliknya manusia..
kenapa nak mengejar harta ibu bapa sedangkan kita boleh berusaha untuk mendapatkan harta kekayaan..ibu bapa kita pun berusaha untuk mendapat harta tu..
diharapkan sesiapa yang masih mempunyai ibu, hargailah ibu anda..
tiada apa yg lebih membahagiakan anak-anak selain kasih sayang ibu bapa dan tiada apa yg lebih membahagiakan ibu selain kasih sayang dan perhatian daripada anak-anak..
....wslm...

No comments:

Post a Comment